Saturday, 9 December 2017

TEKA-TEKI PERIBAHASA

TEKA PERIBAHASA

TEKA-TEKI PERIBAHASA

PERIBAHASA

CERPEN TALIA DAN RAKSASA QADQAD

TEATER DRAMA MAHKAMAH

DRAMA MAHKAMAH TINGKATAN 2

CERPEN MENUAI EMAS

CERPEN HIPERTENSI

JAKET KULIT DARI ISTANBUL

SELOKA MAT JENIN

SELOKA EMAK SI RANDANG

SELOKA PAK KADUK

SELOKA EMAK SI RANDANG

SELOKA SI LUNCAI ROSLAN MADUN

KURIK KUNDI SITI

BURUNG KENEK-KENEK

LAGU RAKYAT TEBANG TEBU

SYAIR BURUNG PUNGGUK

SYAIR NASIHAT ( IRAMA BATU BELAH)

MELODI SYAIR RAKIS ROSLAN MADUN

SYAIR RAKIS

PANTUN BUDI SM SALIM

PANTUN MELALUI JOGET PAHANG

PANTUN LAGU RASA SAYANG

GURINDAM PELIHARA LIDAH

GURINDAM 12 FASA PERTAMA

Thursday, 7 December 2017

KONSTRUK 12 AYAT MUDAH
















KAD IMBAS PERKATAAN KVKVK





TERIMA KASIH ATAS ILMU YANG DICURAHKAN PADAKU.

Rupa-rupanya blog ni banyak manfaat untuk aktiviti pembelajaran atas talian atau luar talian kepada murid-murid di kelas. Hari ini belajar lagi tentang fungsi blog. boleh muat turun borang, soal selidik, atau latihan untuk murid isi dan kita bincangkan dalam kelas dalam tempoh tertentu. Menarik kan?

Terima kasih kepada Dr Tan CL yang memperkenalkan blog, Cikgu Irna yang membantu tatkala ada masalah dan memberi banyak ilmu baharu. Dia jugalah sumber inspirasiku untuk terus menambah bahan dengan meneroka lebih banyak ilmu tentang blog.

Tetapi pembelajaran itu sepanjang hayat...asalkan kita tidak mudah berputus asa kita akan memperoleh banyak ilmu yang bermanfaat. Kongsi itu pasti...berkat itu insyaAllah. semoga bahan yang dikongsi bermanfaat buat semua.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan dalam blog ini. catatan ini juga salah satu pembelajaranku hari ini.

ilmu hari ini;
guna google doc, google sheet, google form dan google slide dalam blog. Terima kasih Sifu Irna.

Tuesday, 5 December 2017

GERAKAN BRAIN GYMS UNTUK ANAK-ANAK LINUS

CARI KATA: KOSA KATA KARANGAN

CARI KATA : SINTAKSIS

RPH BM TINGKATAN 1 : TATABAHASA

Rancangan Mengajar Harian Sekolah Menengah
Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid
Kemahiran Bahasa
TATABAHASA
Tingkatan
1
Masa
60 minit
Tema/Tajuk
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Standard Kandungan
5.1      Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.
Standard Pembelajaran
5.1.1   Memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas yang tunggal dan yang mengalami pemajmukan dengan betul mengikut konteks.
Objektif Pengajaran & Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Mengenal pasti sekurang-kurangnya sepuluh kata nama am dan sepuluh kata nama khas dan membina ayat daripada kata tersebut.
Elemen Merentas Kurikulum
Ilmu:  Tatabahasa
Nilai:  Kerajinan
Kemahiran:
  1. KBAT - Mengklasifikasikan  kata nama
  2. Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya
















Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
  1. Pelajar membaca petikan yang terdapat dalam buku teks.
  2. Pelajar menggaris kata nama am tunggal, kata nama am majmuk, kata nama khas tunggal dan kata nama khas majmuk
buku teks
Aktiviti:
Murid dibahagikan kepada 4  kumpulan .
  1. Setiap orang dalam kumpulan akan menggariskan sebanyak mungkin kata nama am dan kata nama khas.
  2. Pelajar menulis klasifikasi  tersebut di papan tulis dalam bentuk peta pokok.
  3. Pelajar membina ayat inti daripada kata tersebut


Artikel
Pen marker

Peta pokok


























Lampiran 1




RPH KOLABORATIF KEMAHIRAN MEMBACA TINGKATAN 1

RPH PENDEKATAN INKUIRI : MENDENGAR DAN BERTUTUR

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SYAIR


                                  

dbp-04Jan2006-092120.jpg
http://vectorise.net/forums/downloads/kpm%20baru_2A7.png
KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN
DEKLAMASI PUISI
SEKOLAH MENENGAH 2016
(Kategori Penyampaian Syair)

Anjuran
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
dengan kerjasama
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA














KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH 2016

            KATEGORI PENYAMPAIAN SYAIR



1.         PENGENALAN

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan mula dianjurkan pada tahun 2012 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja Terbuka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada tahun 2012, setiap peserta perlu mendeklamasikan sajak dan menyampaikan syair. Mulai tahun 2013, dua kategori diwujudkan iaitu deklamasi sajak dan penyampaian syair disampaikan oleh dua orang peserta yang berbeza dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada lebih ramai murid menyerlahkan bakat mereka.


2.       OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1      Mencungkil bakat baharu dalam bidang penyampaian syair.
2.2      Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3      Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya syair.


3.         PESERTA       

3.1      Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan KECUALI MRSM.


4.       PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat.

4.1      Peringkat Daerah

4.1.1  Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah SEKIRANYA PERLU.

4.1.2  Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri.

4.1.3  Seorang peserta yang memenangi pertandingan pada peringkat ini akan mewakili daerah ke pertandingan di peringkat negeri.

4.2      Peringkat Negeri

4.2.1  Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan Wilayah.

4.2.2  Sebuah jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

4.2.3  Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

4.2.4  Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.2.5  Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak DBP.

4.2.6  Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum, sagu hati hakim dan hadiah akan diuruskan oleh pihak DBP (Cawangan dan Wilayah), manakala kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan adalah tanggungan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

4.3      Peringkat Kebangsaan

4.3.1  Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ibu pejabat melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan DBP Cawangan dan Wilayah.

4.3.2  Enam belas (16) orang peserta yang merupakan juara peringkat negeri akan bertanding mewakili negeri masing-masing pada pertandingan peringkat akhir.

4.3.3  Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing yang turut merangkap sebagai guru pengiring.

4.3.4  Sekiranya peserta yang menjuarai pertandingan peringkat negeri menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh diberikan kepada naib juara, seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan akhir.

4.3.5  Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan diuruskan oleh DBP ibu pejabat manakala kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan adalah tanggungan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).


5.       PEMILIHAN SYAIR DAN IRAMA

5.1      Penganjur pertandingan akan menyediakan teks syair yang akan dipilih oleh peserta.

5.2      Syair yang disenaraikan merupakan syair yang sedang digunakan dalam komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan sumber lain seperti yang berikut:

i.      Syair Bidasari (Antologi Puisi Tanah Airku – PKLN)
ii.     Syair Burung Pungguk
iii.    Syair Perahu
iv.   Syair Kelebihan Ilmu
v.    Syair Bidasari (Teks Komsas Ting. 4 – Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
vi.   Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
vii.  Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
viii. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
ix.   Syair Perang Saudara di Pahang
x.    Syair Mendapat Gemala Naga
xi.   Syair Panduan untuk Remaja
xii.  Syair Berbuat Jasa
xiii. Syair Definisi Orang Berakal
xiv. Syair Makna Riak
xv.  Syair Pemberontakan Patani

5.3      Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:

i.     Irama Siti Zubaidah
ii.    Irama Narasi
iii.   Irama Mayang
iv.  Irama Batu Belah
v.   Irama Hiasan
vi.  Irama Perindu
vii. Irama Dodoi
viii.                Irama Dandan Setia

5.4      Syair yang akan disampaikan pada peringkat daerah/negeri dan kebangsaan hendaklah berdasarkan senarai syair yang telah disediakan.

5.5      Pada pertandingan peringkat daerah/negeri, peserta dikehendaki menyampaikan satu (1) syair berdasarkan teks/karya pilihan dengan menggunakan satu (1) irama yang dipilih sendiri oleh peserta.

5.6      Pada pertandingan peringkat kebangsaan, pihak penganjur akan menetapkan satu irama yang telah disenaraikan kepada peserta yang menjadi johan peringkat negeri. Setiap peserta akan menyampaikan irama syair yang berlainan seperti ditetapkan oleh penganjur manakala teks/karya boleh dipilih sendiri oleh peserta.  

5.7      Penyampaian syair selain daripada syair yang disenaraikan akan menyebabkan   
  penyertaan peserta terbatal.

5.8      Teks syair di atas akan dimasukkan dalam laman web DBP, (dbp.gov.my).


6.         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

6.1      Peserta hendaklah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan KECUALI MRSM.

6.2      Pencalonan setiap peserta di peringkat daerah/negeri adalah melalui pencalonan daripada pihak sekolah.

7.            PERATURAN PERTANDINGAN

7.1      Peserta di peringkat daerah/negeri hendaklah memilih dan menyampaikan syair yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.

7.2      Peserta yang menjuarai pertandingan di peringkat negeri akan memasuki pertandingan di peringkat kebangsaan. Peserta pertandingan peringkat kebangsaan dikehendaki menyampaikan irama syair yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur manakala teks syair pula merupakan pilihan sendiri oleh peserta. Pihak penganjur akan memaklumkan irama syair kepada peserta yang layak ke pertandingan peringkat kebangsaan sebaik sahaja pertandingan peringkat negeri selesai dijalankan.

7.3      Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantu atau sebarang peralatan muzik termasuk pita rakaman semasa menyampaikan syair.

7.4      Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

7.5      Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan penyertaannya serta-merta.

8.         HADIAH

8.1      Peringkat Daerah

DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

8.2      Peringkat Negeri

i.           Hadiah di peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan dan Wilayah.
ii.         Semua peserta peringkat negeri juga akan menerima sijil penyertaan.

8.3               Peringkat Kebangsaan

8.3.1  Hadiah untuk pertandingan di peringkat kebangsaan disediakan oleh pihak penganjur. Butiran hadiah adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Wang Tunai RM600.00, buku terbitan DBP dan Sijil Pencapaian.

Tempat Kedua: Wang Tunai RM500.00, buku terbitan DBP dan Sijil Pencapaian.

Tempat Ketiga: Wang Tunai RM400.00, buku terbitan DBP dan Sijil Pencapaian.

Sagu hati (13): Wang Tunai RM100.00, buku terbitan DBP dan Sijil Pencapaian.

8.3.2  Semua peserta peringkat kebangsaan juga akan menerima Sijil Penyertaan.

9.         ASPEK PENILAIAN

Aspek yang dinilai adalah seperti berikut:



IRAMA
IRAMA (40%)
SUARA (40%)
GAYA DAN TEKNIK (20%)
JUMLAH MARKAH
Patah Lagu
Nada
Kelancaran
Vokal
Intonasi
Kelancaran
Penghayatan/ Mimik Muka/ Bahasa Tubuh
Penampilan/ Ketertiban



MARKAH

20

10

10


10


20


10


10

10




10.      PANDUAN KEPADA PESERTA

10.1 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan penyampaian syair.

10.2  Peserta yang yakin akan menumpukan matanya kepada penonton, manakala yang
tidak yakin akan lari ke atas atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani memandang wajah penonton.

10.3  Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati syair yang ingin disampaikan daripada membaca teks syair. Markah akan dipotong jika melihat teks syair secara berterusan.






11.      HAKIM

11.1    Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah/negeri dan peringkat kebangsaan, termasuk Ketua Hakim.

11.2    Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru bahasa Melayu, guru Sastera dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah yang menguasai pelbagai irama syair.

11.3    Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru Bahasa Melayu, guru Sastera dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri yang menguasai pelbagai irama syair, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawai DBP.

11.4    Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri daripada pakar/aktivis sastera yang menguasai pelbagai irama syair dari/dalam DBP dan di luar DBP atau individu yang difikirkan layak.

11.5    Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

11.6    Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/teks, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai pemenang.

11.7    Panel hakim akan memerhatikan mimik muka, sama ada peserta memaparkan wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Mimik muka itu hendaklah bersesuaian dengan penyampaian. Jika syair itu memuatkan perasaan sedih, mimik mukanya hendaklah berpadanan dengan perasaan itu. 

11.8    Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta bagi melihat keyakinan peserta ketika penyampaian syair. 

11.9  Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

12.       KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH

12.1 Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas adalah muktamad jika tiada kelemahan dalam penyampaian syair.  Markah akan dipotong jika terdapat kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

12.2    Membaca teks - Peserta yang membaca teks secara berterusan tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua peringkat pertandingan walaupun mampu menyampaikan syair dengan baik.

12.3    Mengubah teks syair lain daripada teks asalnya.

12.4    Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.

12.5    Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.

12.6    Mengulang bait-bait yang sama dalam rangkapan syair.

12.7    Mengulang rangkap syair yang sama.

12.8    Membuat perlakuan negatif di atas pentas. Antara perlakuan negatif ialah:
a.         Ketawa dan tidak serius semasa menyampaikan syair.
b.         Berkata-kata (selain teks syair) semasa menyampaikan syair
c.         Pergerakan yang keterlaluan.
d.         Membelakangi hakim dan khalayak semasa menyampaikan syair.

13.      TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

13.1    Peringkat Daerah / Negeri                      
Tarikh   :       Februari - Julai 2016.
Tempat :       Ditentukan oleh JPN dan DBP Cawangan / Wilayah.

13.2    Peringkat Akhir (Lihat Lampiran 1)       
Tarikh   :       24 - 26 Ogos 2016
                                 (25 Ogos 2016 merupakan tarikh pertandingan)
Tempat :       DBP, Kuala Lumpur.

14.     JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

14.1 Jawatankuasa Induk Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP. Ahli jawatankuasa terdiri daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, DBP Cawangan dan Wilayah, dan urus setia pusat, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

14.2   Jawatankuasa Induk Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

15.        AM

15.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
        kepada pertimbangan DBP.

15.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak penganjur.

 15.3  Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:
          i. Puan Azlin binti Asmuni,
             Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP
 (No. Tel.: 03-21479208 / 012-9677626)

ii. Encik Rusdi bin Abd Rahman,
       Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP
(No. Tel.: 03-21479203 / 013-3607426)
                                             
Disediakan oleh:
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI
 PUISI SEKOLAH MENENGAH 2016


KATEGORI PENYAMPAIAN SYAIR


No. Giliran               :...................................
Nama Peserta           : …………………………………........................................................
Sekolah                    :.......................................................................................................
Judul Syair               :.......................................................................................................
Irama Syair               : ......................................................................................................

IRAMA
IRAMA (40%)
SUARA (40%)
GAYA DAN TEKNIK (20%)
JUMLAH MARKAH YANG DIPEROLEH
Patah Lagu
Nada
Kelancaran
Vokal
Intonasi
Kelancaran
Penghayatan/ Mimik Muka/ Bahasa Tubuh
Penampilan/ Ketertiban



MARKAH PENUH

20

10

10


10


20


10


10

10





Ulasan keseluruhan:

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim      : ……………………………..................  
Nama                           : ……………………............................
Tarikh                           :.........................................................











LAMPIRAN 1

ATUR CARA TENTATIF
PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

24 Ogos 2016 (Rabu)

Masa
Perkara
Tempat

2.00 petang
- 5.30 petang

Daftar masuk bilik penginapan

8.00 malam

Makan malam

8.30 malam
- 9.30 malam

Taklimat Pertandingan


25 Ogos 2016 (Khamis)

6.30 pagi

Sarapan

7.00 pagi

Bertolak ke DBP, Kuala Lumpur (bas disediakan)
DBP, Kuala Lumpur
8.00 pagi
- 10.00 pagi
Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah
(Kategori Sajak)

Auditorium DBP
10.00 pagi
- 10.30 pagi

Rehat / Minum Pagi


10.30 pagi
- 12.00 tengah hari
Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah
(Kategori Syair)

Auditorium DBP
12.00 tengah hari
Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2016

Auditorium DBP
1.00 tengah hari
Makan Tengah Hari

Auditorium DBP
2.30 petang
Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2016

Auditorium DBP
3.30 petang
Majlis Penyampaian Hadiah
-   Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2016
-   Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2016
-   Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2016


Auditorium DBP
4.30 petang
Minum Petang


5.00 petang
Bertolak balik ke tempat penginapan
(kecuali peserta Selangor, WP Kuala Lumpur
dan WP Putrajaya)


8.00 malam
Makan malam



26 Ogos 2016 (Jumaat)

7.30 pagi
Sarapan


8.30 pagi
Daftar keluar hotel




kertas kerja pengungsian bangunan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING KM 17 JALAN HULU LANGAT 43100 HULU LANGAT SELANGOR KERTAS KERJA LATIHAN PENGUNGSIAN B...

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN PAUTAN INI