Saya cuma guru biasa tetapi bercita-cita ingin melahirkan anak didik yang luar biasa.Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog ini. Marilah kita bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di negara kita.
Monday, 24 September 2018
TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA PROGRAM AMBANG MERDEKA
SMK DUSUN NANDING, HULU LANGAT, 2018.
TARIKH : 30 OGOS 2018
TEMPAT : DATARAN SEMARAK GEMILANG, SMK DUSUN NANDING
Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b. dan salam sejahtra.
Yang saya hormati, Encik Mohd Fareed Faheim bin Mohd Elyas Majeed Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Abdul Manan bin Mohd Din, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Basri bin Tukiran, Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Norhaliza bt Hashim, Penolong Kanan Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
Puan Saadah bt Rahmad, Penolong Kanan Petang,
Guru-guru Kaunselor, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan kita bersama-sama dalam majlis sambutan ambang merdeka yang gilang-gemilang pada hari ini. Pada tahun ini genaplah 61 tahun negara kita telah merdeka. Tapi merdekakah anda? Atau adakah kita masih dibelenggu atau terikat?
Sayangi Malaysiaku, tema hari kebangsaan pada kali ini. Satu tema yang mengajak rakyat Malaysia agar saling memahami peranan dan tanggungjawab, saling menghormati dan bersatu-padu untuk membawa negara ke arah sebuah negara yang lebih gemilang, stabil dan aman damai. Sedarkah anak-anak sekalian bahawa bukan mudah untuk kita mencapai kemerdekaan? Bukan juga semudah memetik jari untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 61 tahun ini. Dengan menghayati tema Sayangi Malaysiaku ini kerana saya percaya setiap rakyat Malaysia harus ada rasa sayang dan tanggungjawab terhadap negara yang kita naungi sekarang.
Sebagai warganegara, kita haruslah berasa bertua dilahirkan dalam sebuah negara merdeka, menjadi rakyat kepada negara berdaulat. Menikmati nikmat merdeka negara yang harmonis, aman dan sejahtera. Maka, tidak salah untuk kita sayangi Malaysia yang kita naungi sekarang.
Anak-anak yang dikasihi sekalian,
Bagaimanakah dikatakan sayangi negara? Bagaimana kita boleh menunjukkan rasa kasih rasa sayang kita kepada negara? Tahukah anak-anak sekalian bahawa terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mempamerkan rasa sayang itu, antaranya:
1.Melalui pemupukan perpaduan antara kaum, bangsa dan agama.
Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang unik iaitu terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, bangsa, agama dan adat resam. Perbezaan ini tidak harus menjadi jurang antara untuk bersatu dalam menuju ke arah matlamat yang sama. Sejarah telah membuktikan bahawa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak pada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri, semangat kekitaan dan pemuafakatan rakyat jelata turut sama memberi sumbangan.
2.Menyemai semangat patriotisme dalam diri masing-masing.
Patriotisme sering dikaitkan dengan cinta akan watan yang menjadi salah satu nilai atau semangat mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi dan kelompoknya. Patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan orang yang mempunyai pendapat yang sama dalam mebgekalkan dan melindungi negara tercinta. Pernahkah kita terfikir apa akan berlaku pada kemajuan negara sekiranya nilai ini tiada lagi dalam jiwa rakyat Malaysia? Lihatlah apa yang berlaku pada negara Palestin, Syria, Afghanistan yang sentiasa bergolak. Kesannya perkembangan ekonomi terencat, mengganggu keharmonian kehidupan rakyatnya. Kestabilan negara dalam semua segi juga akan terjejas. Anda ingin hidup dalam negara sebegini? Tepuk dada tanyalah hati. Namun begitu menyemarakkan semangat patriotisme ini janganlah bermusim, yang hanya muncul apabila bulan Ogos sahaja. Sebaliknya tanamkan dalam jiwa masing-masing sepanjang masa.
3.Menghormati bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi.
Bahasa Melayu pernah mencapai zaman kegemilangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga tersohor di serata dunia. Tetapi kenapa sekarang ini generasi muda semakin malu untuk menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka? Kita sering mengagungkan bahasa Inggeris sehingga sanggup mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam segala urusan rasmi ataupun tidak rasmi. Cuba anda bayangkan apakah akan berlaku pada bahasa Melayu pada 20 tahun lagi? Lebih menyedihkan apabila tamat persekolahan anak-anak masih tidak menguasai bahasa Melayu. Saya menyeru anak-anak di hadapan saya ini agar sentiasalah menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan. Selain berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu juga mampu menjadi alat perpaduan dan penyatuan bangsa. Berbanggalah dengan bahasa anda.
4.Menghormati Lagu Kebangsaan dan Bendera Malaysia.
Setiap negara ada lagu kebangsaan dan ada bendera yang menjadi lambang kemegahan dan maruah bangsa. Bendera dan lagu inilah menjadi panji-panji negara yang perlu kita pertahankan dan kita hormati. Jatuhnya bendera ke tanah bermakna jatuhlah maruah kita. Bagaimana kita boleh menghormati bendera dan lagu negara kita? Apabila mendengar atau menyanyikan lagu kebangsaan kita hendaklah berdiri tegak tidak kira di mana kita berada atau apa yang sedang kita lakukan. Bendera yang dipegang tidak boleh mencecah tanah atau terbiar di tanah atau dibiarkan lusuh. Ketika di medan perang, bendera adalah panji-panji negara yang perlu dipertahankan. Terkorbannya pahlawan namun bendera masih tegak dan disambut oleh pahlawan lain sebagai lambang maruah yang terjaga.
5.Menjaga harta benda awam.
Sayangilah sekolah, sayangilah negara. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak sekolah atau pihak kerajaan untuk kemudahan kita semua. Penyediaan infrastruktur seperti tandas, hentian bas, tempat makan dan tempat riadah adalah untuk kita sama-sama menikmati keselesaan hidup tidak kira di mana kita berada. Apalah salahnya jika kita menghargai kemudahan yang disediakan dengan menggunakan secara berhemah. Kita juga akan turut sama berasa bertuah sekiranya pelancong yang datang ke negara kita memuji kebersihan dan keindahan negara yang kita sayangi ini.
Akhir kata, saya menyeru anak-anak generasi muda yang ada di hadapan saya ini agar berusaha mengekalkan kemerdekaan negara yang kita sayangi ini. Merdeka dalam erti kata yang sebenar bukan hanya daripada jajahan sahaja, sebaliknya minda dan diri kita sendiri juga turut merdeka. Andalah pewaris kepada pemimpin negara, andalah penerus kegemilangan, andalah penggerak ekonomi negara. Sayangilah Malaysiaku agar terus kekal merdeka dan harmoni serta berkembang maju.
Bunga Raflesia di rimba belantara,
Segar disemai flora nan subur;
Sayangi Malaysia nusaku tercinta,
Aman damai sejahtera dan makmur.
Sekian terima kasih. Salam Malaysiaku tercinta. Salam merdeka.
Disediakan oleh;
NORLIZA BT MAT ALI
SMK DUSUN NANDING, HULU LANGAT
17 OGOS 2018.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kertas kerja pengungsian bangunan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING KM 17 JALAN HULU LANGAT 43100 HULU LANGAT SELANGOR KERTAS KERJA LATIHAN PENGUNGSIAN B...
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN PAUTAN INI
-
Set 1 Latihan Menulis Pendahuluan Arahan : Baca contoh pendahuluan di bawah. Isikan tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata...
You should see how my friend Wesley Virgin's adventure launches with this SHOCKING and controversial video.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Wesley was in the military-and soon after leaving-he found hidden, "MIND CONTROL" secrets that the government and others used to get anything they want.
As it turns out, these are the EXACT same tactics many famous people (especially those who "come out of nothing") and elite business people used to become wealthy and successful.
You probably know that you utilize only 10% of your brain.
That's really because most of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.
Perhaps this thought has even taken place INSIDE OF YOUR very own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain around 7 years back, while driving an unlicensed, beat-up trash bucket of a vehicle without a driver's license and $3 on his banking card.
"I'm absolutely fed up with going through life payroll to payroll! When will I become successful?"
You took part in those types of thoughts, isn't it right?
Your success story is going to be written. All you need is to believe in YOURSELF.
UNLOCK YOUR SECRET BRAINPOWER