Monday, 24 September 2018

kertas kerja pengungsian bangunan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING KM 17 JALAN HULU LANGAT 43100 HULU LANGAT SELANGOR KERTAS KERJA LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN 2018 1.0 Pendahuluan: Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak Hal Ehwal Murid SMK Dusun Nanding bersetuju untuk mengadakan latihan kebakaran pada tahun ini dengan melibatkan pelajar sesi pagi terlebih dahulu dan diikuti dengan pelajar sesi petang. Program ini dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah. 2.0 Matlamat: Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran. 3.0 Objektif: 3.1 Memberi pendedahan kepada warga SMK Dusun Nanding tentang bahaya Kebakaran 3.2 Menguji keberkesanan peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan dan alat-alat pemadam api sama ada berfungsi dengan baik atau tidak. 3.3 Memastikan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan oleh warga sekolah 3.4 Memastikan pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat apabila berlaku kecemasan atau kebakaran. 3.5 Membiasakan warga sekolah dengan tempat berkumpul dan tempat melaporkan diri. 3.6 Melatih warga sekolah dengan kemahiran memeriksa dan melapor apabila berlakunya kecemasan. 4.0 Butir-butir Program: 4.1 Sesi Pagi Tarikh : 5 Julai 2018 Hari : Khamis Tempat : SMK Dusun Nanding 4.2 Sesi Petang Tarikh : 5 Julai 2018 Hari : Khamis Tempat : SMK Dusun Nanding 5.0 Sasaran : Semua murid, guru dan staf sokongan SMK Dusun Nanding 6.0 Jawatankuasa 3K ( Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan ): Pengerusi: Pn Maheran Bt Abdul Rahman (Pengetua ) Timbalan Pengerusi : En Abd Manan Bin Mohd Din (PK HEM) Naib Pengerusi I: En Mohd Fareed Faheim Bin Mohd Elyas Majeed (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi II: En Basri Bin Tukiran (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi III: Pn Sa’adah bt Rahmad (PK Petang) Naib Pengerusi IV: Pn Nor Haliza bt Hashim (PK Pendidikan Khas) Penyelaras 3K : Cik Zuraida Salina binti Zulkifli Penolong Penyelaras 3K: Pn Norliza bt Mat Ali Ahli Jawatankuasa : 1) Pn Nor Aini Binti Hassan ( Keselamatan – Pagi) 2) Pn Zaroslaili Bt Awang (Kebersihan – Pagi) 3) Pn Siti Nor Hidayah bt Abdul Rahman ( Kesihatan –Pagi) 4) Pn Rubiah Bt Masri ( Penarafan Bilik Segar- Pagi) 5) Pn Hanizah Binti Abdul Hamid (Kesihatan- Petang) 6) Pn Zunainah Bt Zakaria ( Penarafan Bilik Segar- Petang) 7) Pn Roshaslina Bt Hassan (PPKI) 8) Pn Siti Norehan Bt Kasim (Staf) 7.0 Jawatankuasa Pelaksana Program Pengungsian Bangunan NAMA / TUGAS BIDANG TUGAS 1) LOCENG KECEMASAN - En Abd Manan Bin Mohd Din - Pn Sa’adah bt Rahmad -Menekan loceng kecemasan 2) PENJAGA MASA Sesi Pagi - Pn Zaroslaili Bt Awang (K) - Cik Salawati bt Sahar Sesi Petang -Pn Rohana bt Rahim (K) -Pn Shafira Afzaal -Mengambil masa pergerakan warga sekolah apabila loceng dibunyikan. 3) PEMERIKSA BANGUNAN Sesi Pagi BLOK A – Pn Nik Mahani bt Nik Mahmood BLOK B - Pn Syuhada Bt Rosli BLOK C - Pn Nurul Afiza bt Omar BLOK D - Pn Siti Nor Hidayah Bt Abdul Rahman BLOK MA – Pn Siti Roha bt Shaari Sesi Petang -Blok A- Pn Nabilah bt Sahadan -Blok B- Pn Noraini Bt Mamat -Blok C- Pn Leliah bt Jantan -Blok D- Pn Lee Mei Li -Blok MA- Pn Nurul Husna Bt Boastaman -Sebelum loceng dibunyikan, AJK perlu : a) memastikan laluan di setiap bangunan tiada halangan. b) memastikan setiap kelas membuka pintu hadapan dan belakang kelas masing-masing sebelum kejadian berlaku. - Semasa kejadian berlaku, AJK perlu memastikan kedua-dua pintu dan tingkap ditutup serta memastikan bangunan kosong daripada manusia. 4) PELAPOR  Sesi Pagi En Mohd Fadzli bin Nuruddin (K) Penyelaras T5 - Pn Dzamrah bt Hashim Penyelaras T4 - Pn Norliza bt Romlan Penyelaras T3- Pn Surianti bt Enche Mohd Nor Penyelaras PAV - Pn Rubiah Bt Masri Penyelaras PPKI - Pn Arshnah Sakura bt Arshad Sesi Petang En Yusri bin Jaafar (K) Penyelaras T2- Pn Mazan bt Ayob Penyelaras T1- Pn Zuraida bt Nahat Penyelaras Per- Cik Chong Lee Fong Penyelaras PAV - Pn Nurdiyana bt Md Dahlan -Penyelaras Tingkatan akan mengambil jumlah pelajar daripada guru tingkatan semasa berkumpul di padang. -Seterusnya, Penyelaras Tingkatan akan melaporkan jumlah pelajar kepada Ketua Pelapor. -Ketua Pelapor akan melaporkan jumlah pelajar kepada pegawai bomba. 5) JURUFOTO Sesi Pagi -Cik Azlina Binti Adnan -Pn Royati Bt Abd Saha Sesi Petang -Pn Zila bt Dulhadi -Pn Zuraida Bt Wahab -Mengambil gambar dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi. 6) DOKUMENTASI Sesi Pagi -Faizatul Huda Sesi Petang -Pn Norliza Bt Mat Ali -Menyediakan laporan latihan kebakaran   7) DISIPLIN DAN KESELAMATAN PELAJAR  -En Mohd Zin bin Rasit (K. Pagi) -En Abdul Rahim bin Jumah (K. Petang) -Semua Guru -Memastikan semua pelajar mengikut laluan yang telah ditetapkan -Mengambil jumlah pelajar yang berada di padang. 8)MENYEDIAKAN LABEL KELAS Sesi Pagi -Pn Tuan Salina Bt Tuan Hassan Sesi Petang -Cik Nur Junaidah bt Mat Zain -Menyediakan label kelas dan di‘laminate’. -Di simpan di pejabat -Diedar semasa kejadian berlaku kebakaran kepada guru tingkatan. 9)PERSEDIAAN BAHAN UNTUK LATIHAN KEBAKARAN Sesi Pagi -En Rozaini bin Abdul Rahim (K) -En Syamsuddin bin Farid Sesi Petang -En Abdul Halim Bin Mahmood -Menyediakan minyak petrol RM10 dan minyak diesel RM10 , 4 biji baldi berisi air, alat pemadam api beserta pelajar -Menyediakan kaunter di tempat berkumpul 10) TUGAS KHAS -En Mohamad Daud bin Shahril -Pn Normah bt Nasir -Memastikan semua grill di tangga di buka sebelum latihan kebakaran -Membawa semua buku kedatangan kelas yang berada di pejabat ke padang setelah loceng dibunyikan. 11) MENYEDIAKAN LALUAN KECEMASAN -Pn Irnawaty Bt Ithnin -Cik Nuraza Bt Jalil -Melukis pelan laluan kecemasan dan meletakkan pelan tersebut di tempat-tempat yang berkenaan serta mengedarkan satu salinan ke kelas-kelas. -Mengemaskini pelan laluan kecemasan di Bangunan Blok B 12) PA SYSTEM Sesi Pagi -En Mohd Faizal bin Mohd Diah Sesi Petang -En Roazuwan bin Muhamad -Menyediakan ‘PA System’ di padang 13) BANTUAN KECEMASAN Sesi Pagi -Pn Tan Yat Ling Sesi Petang -Pn Sophea Hanim (K) -Pn Sivagamy -Memastikan kelengkapan di dalam ‘first aid’ lengkap -Menyediakan ‘first aid’ semasa hari kejadian 14) TUGAS KHAS GURU SUBJEK -semua guru subjek -Memastikan pintu, tingkap, lampu dan kipas telah ditutup sebelum beredar dari kelas/bengkel/makmal -Memastikan buku kawalan murid dicatatkan kehadiran di dalam kelas -Memastikan buku kawalan kelas dibawa ke tempat berkumpul 15) SIJIL - Pn Masita Bt Mohamad -Menyediakan sijil kepada pihak Bomba Pandan Indah. 8.0Pelaksanaan: -Loceng kecemasan dibunyikan -Semua warga sekolah bergerak dalam keadaan pantas dan menutup tingkap, pintu dan mematikan semua suis. -Semua warga sekolah menuju ke tempat berkumpul mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan -Semua warga sekolah berkumpul di padang mengikut kelas masing-masing -Guru subjek memastikan kehadiran murid di tempat berkumpul sama dengan kehadiran murid di dalam kelas semasa berlakunya kejadian dan melaporkannya kepada ketua pelapor -Penyelaras tingkatan memastikan kehadiran murid pada hari kejadian sama dengan kehadiran murid di tempat berkumpul -AJK membuat rondaan dan memeriksa setiap kelas dan bilik serta persekitaran sekolah -Guru kelas dan AJK melaporkan situasi kepada pengerusi -Pengerusi membuat ulasan dan nasihat kepada semua warga sekolah -Latihan Memadamkan Api -Murid beredar ke kelas masing-masing. 9.0Aktiviti: 9.1 Mesyuarat AJK Kerja Program Pengungsian Bangunan 9.2 Penyediaan Kertas kerja 9.3 Perlaksanaan ; 9.3.1 Taklimat kepada guru tingkatan seminggu sebelum kejadian. 9.3.2 Taklimat kepada murid seminggu sebelum kejadian. 9.3.3 Pelaksanaan pada hari kejadian. 9.4 Penilaian 10.0 Penilaian Program: Dokumentasi dan borang maklum balas 11.0 Pendapatan dan perbelanjaan 11.1 Sumber 11.1.1 PIBG SMK Dusun Nanding 11.2 Perbelanjaan Perbelanjaan: Minyak Petrol Minyak Diesel Dakwat warna dan hitam (dokumentasi) Jamuan untuk Pegawai Bomba Bayaran penceramah 2 x RM 10 = 20.00 2 x RM 10 = 20.00 1 x RM 60 = 60.00 2 x RM 100 = 200.00 2 x RM100 = 200.00 Jumlah (RM) 500.00 12.0Penutup: Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah. Disediakan oleh: Disemak oleh: -------------------------------------------- ---------------------------------------------- (PN NOR AINI BINTI HASSAN) (EN ABD MANAN BIN MOHD DIN) AJK Keselamatan, PK Hal Ehwal Murid, SMK Dusun Nanding SMK Dusun Nanding. Disahkan oleh, …………………………………………… (PN MAHERAN BINTI ABDUL RAHMAN) Pengetua SMK Dusun Nanding.
TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA PROGRAM AMBANG MERDEKA SMK DUSUN NANDING, HULU LANGAT, 2018. TARIKH : 30 OGOS 2018 TEMPAT : DATARAN SEMARAK GEMILANG, SMK DUSUN NANDING Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b. dan salam sejahtra. Yang saya hormati, Encik Mohd Fareed Faheim bin Mohd Elyas Majeed Penolong Kanan Pentadbiran Encik Abdul Manan bin Mohd Din, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Basri bin Tukiran, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Norhaliza bt Hashim, Penolong Kanan Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Puan Saadah bt Rahmad, Penolong Kanan Petang, Guru-guru Kaunselor, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang telah mengizinkan kita bersama-sama dalam majlis sambutan ambang merdeka yang gilang-gemilang pada hari ini. Pada tahun ini genaplah 61 tahun negara kita telah merdeka. Tapi merdekakah anda? Atau adakah kita masih dibelenggu atau terikat? Sayangi Malaysiaku, tema hari kebangsaan pada kali ini. Satu tema yang mengajak rakyat Malaysia agar saling memahami peranan dan tanggungjawab, saling menghormati dan bersatu-padu untuk membawa negara ke arah sebuah negara yang lebih gemilang, stabil dan aman damai. Sedarkah anak-anak sekalian bahawa bukan mudah untuk kita mencapai kemerdekaan? Bukan juga semudah memetik jari untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 61 tahun ini. Dengan menghayati tema Sayangi Malaysiaku ini kerana saya percaya setiap rakyat Malaysia harus ada rasa sayang dan tanggungjawab terhadap negara yang kita naungi sekarang. Sebagai warganegara, kita haruslah berasa bertua dilahirkan dalam sebuah negara merdeka, menjadi rakyat kepada negara berdaulat. Menikmati nikmat merdeka negara yang harmonis, aman dan sejahtera. Maka, tidak salah untuk kita sayangi Malaysia yang kita naungi sekarang. Anak-anak yang dikasihi sekalian, Bagaimanakah dikatakan sayangi negara? Bagaimana kita boleh menunjukkan rasa kasih rasa sayang kita kepada negara? Tahukah anak-anak sekalian bahawa terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mempamerkan rasa sayang itu, antaranya: 1.Melalui pemupukan perpaduan antara kaum, bangsa dan agama. Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang unik iaitu terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, bangsa, agama dan adat resam. Perbezaan ini tidak harus menjadi jurang antara untuk bersatu dalam menuju ke arah matlamat yang sama. Sejarah telah membuktikan bahawa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak pada kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri, semangat kekitaan dan pemuafakatan rakyat jelata turut sama memberi sumbangan. 2.Menyemai semangat patriotisme dalam diri masing-masing. Patriotisme sering dikaitkan dengan cinta akan watan yang menjadi salah satu nilai atau semangat mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi dan kelompoknya. Patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan orang yang mempunyai pendapat yang sama dalam mebgekalkan dan melindungi negara tercinta. Pernahkah kita terfikir apa akan berlaku pada kemajuan negara sekiranya nilai ini tiada lagi dalam jiwa rakyat Malaysia? Lihatlah apa yang berlaku pada negara Palestin, Syria, Afghanistan yang sentiasa bergolak. Kesannya perkembangan ekonomi terencat, mengganggu keharmonian kehidupan rakyatnya. Kestabilan negara dalam semua segi juga akan terjejas. Anda ingin hidup dalam negara sebegini? Tepuk dada tanyalah hati. Namun begitu menyemarakkan semangat patriotisme ini janganlah bermusim, yang hanya muncul apabila bulan Ogos sahaja. Sebaliknya tanamkan dalam jiwa masing-masing sepanjang masa. 3.Menghormati bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi. Bahasa Melayu pernah mencapai zaman kegemilangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga tersohor di serata dunia. Tetapi kenapa sekarang ini generasi muda semakin malu untuk menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka? Kita sering mengagungkan bahasa Inggeris sehingga sanggup mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam segala urusan rasmi ataupun tidak rasmi. Cuba anda bayangkan apakah akan berlaku pada bahasa Melayu pada 20 tahun lagi? Lebih menyedihkan apabila tamat persekolahan anak-anak masih tidak menguasai bahasa Melayu. Saya menyeru anak-anak di hadapan saya ini agar sentiasalah menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan. Selain berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu juga mampu menjadi alat perpaduan dan penyatuan bangsa. Berbanggalah dengan bahasa anda. 4.Menghormati Lagu Kebangsaan dan Bendera Malaysia. Setiap negara ada lagu kebangsaan dan ada bendera yang menjadi lambang kemegahan dan maruah bangsa. Bendera dan lagu inilah menjadi panji-panji negara yang perlu kita pertahankan dan kita hormati. Jatuhnya bendera ke tanah bermakna jatuhlah maruah kita. Bagaimana kita boleh menghormati bendera dan lagu negara kita? Apabila mendengar atau menyanyikan lagu kebangsaan kita hendaklah berdiri tegak tidak kira di mana kita berada atau apa yang sedang kita lakukan. Bendera yang dipegang tidak boleh mencecah tanah atau terbiar di tanah atau dibiarkan lusuh. Ketika di medan perang, bendera adalah panji-panji negara yang perlu dipertahankan. Terkorbannya pahlawan namun bendera masih tegak dan disambut oleh pahlawan lain sebagai lambang maruah yang terjaga. 5.Menjaga harta benda awam. Sayangilah sekolah, sayangilah negara. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak sekolah atau pihak kerajaan untuk kemudahan kita semua. Penyediaan infrastruktur seperti tandas, hentian bas, tempat makan dan tempat riadah adalah untuk kita sama-sama menikmati keselesaan hidup tidak kira di mana kita berada. Apalah salahnya jika kita menghargai kemudahan yang disediakan dengan menggunakan secara berhemah. Kita juga akan turut sama berasa bertuah sekiranya pelancong yang datang ke negara kita memuji kebersihan dan keindahan negara yang kita sayangi ini. Akhir kata, saya menyeru anak-anak generasi muda yang ada di hadapan saya ini agar berusaha mengekalkan kemerdekaan negara yang kita sayangi ini. Merdeka dalam erti kata yang sebenar bukan hanya daripada jajahan sahaja, sebaliknya minda dan diri kita sendiri juga turut merdeka. Andalah pewaris kepada pemimpin negara, andalah penerus kegemilangan, andalah penggerak ekonomi negara. Sayangilah Malaysiaku agar terus kekal merdeka dan harmoni serta berkembang maju. Bunga Raflesia di rimba belantara, Segar disemai flora nan subur; Sayangi Malaysia nusaku tercinta, Aman damai sejahtera dan makmur. Sekian terima kasih. Salam Malaysiaku tercinta. Salam merdeka. Disediakan oleh; NORLIZA BT MAT ALI SMK DUSUN NANDING, HULU LANGAT 17 OGOS 2018.

Wednesday, 20 December 2017

KERTAS KERJA BULAN AKADEMIK 2017

KERTAS KERJA MERENTAS DESA 2017

LAPORAN AKTIVITI HARI INTERVENSI 2017

LAPORAN AKTIVITI
HARI INTERVENSI PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017

1
NAMA AKTIVITI
HARI INTERVENSI PERINGKAT SEKOLAH  2017
2
TARIKH
   26 OGOS 2017 
Masa : 2.30 HINGGA 6.45 PETANG
3
TEMPAT
DATARAN SMK DUSUN NANDING, HULU LANGAT

4
BILANGAN PESERTA
Semua murid Intervensi dan peralihan
5
SUMBER KEWANGAN
DANA KECEMERLANGAN SEKOLAH
6
PENGANJUR
PANITIA BAHASA MELAYU, SMK DUSUN NANDING

7
LAPORAN
Program anjuran Panitia Bahasa Melayu bagi menangani masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis (2M) yang masih berlaku dalam kalangan murid kelas Peralihan dan Tingkatan 1. Menyedari pentingnya penguasaan kemahiran ini maka program ini dilaksanakan lebih kepada bentuk pembelajaran secara tidak formal dari segi mengenal huruf, suku kata, perkataan, ayat dan petikan. Seramai 20 orang murid terlibat dan 4 orang guru pembimbing yang terdiri daripada 2 orang guru Bahasa Melayu 2 orang guru Amalan Bahasa Melayu. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diketuai oleh murid yang melepasi 2M.

Terdapat 6 stesen secara rasmi untuk aktiviti tetapi berkembang menjadi 9 aktiviti spontan apabila murid menunjukkan semangat dan kerjasama yang positif dan aktif. Stesen pertama mengeal huruf dan suku kata mewakili konstruk 1 dan konstruk 2. Manakala konstruk 3 dan 4 dalam aktiviti di stesen 2 dan 3. Konstruk 8 dan 9 serta 11  berada dalam stesen 4,5 dan 6. Konstruk 8 ke atas memerlukan peserta membaca petikan dan memahami arahan soalan sebelum melaksanakannya.

Program berjaya ditamatkan pada jam 6.30 petang da seterusnya penyampaiann hadiah untuk pemenang oleh Pn Saadah Rahmad (PK Petang). Sebelum bersurai semua peserta membantu mengemaskan peralatan dan kebersihan dataran iaitu tempat aktiviti.
Pemenang
Tempat pertama : kumpulan 3
Tempat kedua : kumpulan 1
Tempat ketiga : kumpulan 4
Tempat keempat : kumpulan 2

8
ISU/ MASALAH
Kekurangan tenaga pembantu untuk melaancarkan perjalanan aktiviti agar lebih berkesan. Hanya 4 orang guru bertugas jadi murid terpaksa dibahagikan kepada empat kumpulan dengan jumlah murid menjadi 5 orang. Untuk aktiviti itervensi, bimbingan dan aktiviti berkumpulan seramai 3 orang hingga 4 orang sahaja untuk lebih berkesan.namun aktiviti diteruskan dengan menggunakan kaedah bimbingan rakan sebaya dalam pasukan.

9
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Dapat menambah peruntukan untuk perancangan dan perjalanan aktiviti yang lebih berkesan dengan menambah bahan bantu belajar.
Dicadangkan juga agar aktiviti sebegini dijadikan aktiviti tahunan dan dimasukkan dalam takwim sekolah agar memberi impak yang besar kepada murid.

Dicadangkan juga agar aktiviti disambung dengan program bersama ibu bapa agar ibu bapa tahu perkembangan anak-anak mereka di sekolah dan membantu anak-anak melepasi kemahiran 2M.
Sumbangan kewangan daripada ibu bapa juga penting bagi menunjukkan minat dan komitmen mereka terhadap kemajuan anak-anak mereka dari peringkat awal.

10
RUMUSAN AKTIVITI
Aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada murid-murid intervensi dengan bantuan rakan sekelas yang boleh menguasai 2M. Keberkesanan program dapat dilihat daripada penglibatan dan keseronokan peserta utuk bersaing bagi memenangi pertandingan. Bagi memenangi pertandingan peserta perlu membaca arahan dan memahami arahan dengan jelas sebelum melaksanakan aktiviti. Dalam proses ini murid perlu memproses maklumat yang dibaca dan bersaing untuk meyelesaikannya.



KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL 2016

BAHAN UNTUK BUKU LOG PENGAKAP

kertas kerja pengungsian bangunan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING KM 17 JALAN HULU LANGAT 43100 HULU LANGAT SELANGOR KERTAS KERJA LATIHAN PENGUNGSIAN B...

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN PAUTAN INI