LANGKAH 1: MEMBACA
SOALAN YANG DIBERIKAN
Carta di bawah menunjukkan
sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di Negara ini.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam
lumba haram. Panjang huraian handaklah lebih 180 patah perkataan.
SIKAP DIRI REMAJA
PENGARUH RAKAN SEBAYA
PENGARUH MEDIA MASSA
LANGKAH 2: MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN SASARAN
Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam
kalangan remaja di Negara ini. Huraikan pendapat anda tentangpunca-punca
penglibatan remaja dalam lumba haram. Panjang huraian
handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
TAJUK:
punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram.
TEMA:
Lumba haram
KUMPULAN SASARAN:
Para remaja
TUGASAN:
punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram
LANGKAH 3: MENYENARAIKAN ISI KARANGAN
BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
1. Sikap diri remaja
·
· Ingin
mencuba
·
Tidak bertanggungjawab
·
Melanggar peraturan jalan raya
· Ingin
berseronok-seronok / suka membuang masa
2. Pengaruh rakan sebaya
· Taksub
kepada rakan
· Meniru
apa saja yang rakan lakukan
· Lemah
jati diri
3. Pengaruh media massa
· Menyiarkan
filem-filem lumba haram
· Menonton
aksi hero (hanya lakonan sahaja)
· Meniru
aksi dalam filem
· Terdidik
dengan memuja kehebatan hero
LANGKAH 4: MANULIS RANGKA KARANGAN DENGAN LENGKAP
PENDAHULUAN
1. Tema: Lumba haram
2. Kumpulan Sasaran: Para remaja
3 Bahasa Indah: kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya
4. Tugasan: Punca-punca penglibatan remaja
dalam lumba haram
ISI-ISI JAWAPAN
1. Sikap diri remaja
2. Pengaruh rakan sebaya
3. Pengaruh media massa
PENUTUP
1. Ayat Pandangan:
Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.
2. Ayat Cadangan:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri
daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.
3. Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tidak berguna lagi.
4. Ayat Harapan
Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum
menjelangnya tahun 2020 nanti.
LANGKAH 5: MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN
Ayat Tema
Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat
dalam media massa di seluruh pelosok negara.
Ayat Kumpulan Sasaran:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan keiltizaman yang
tinggi untuk megatasi masalah dengan segera.
Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya.
Ayat Tugasan:
Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?
LANGKAH 6: MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN
Isi 1: Sikap diri remaja
Ayat Topik
Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram
ialah sikap diri remaja.
Ayat
Huraian
Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan
suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya.
Ayat Simpul
Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di
negara ini.
Isi 2: Pengaruh rakan sebaya
Ayat Topik
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca
pengibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara.
Ayat
Huraian
Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu taksub kepada rakan
dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.
Ayat
Simpul
Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan
oleh pengaruh rakan sebaya.
Isi 3: Pengaruh Media Massa
Ayat Topik
Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh
negara ialah pengaruh media massa.
Ayat
Huraian
Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem
mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL
Menjerit.
Ayat
Simpul
Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja
dalam lumba haram semakin meningkat.
LANGKAH 7: MENULIS PERENGGAN PENUTUP
Ayat Pandangan:
Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.
Ayat Cadangan:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri
daripada terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.
Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tidak berguna lagi.
Ayat Harapan
Oleh itu, para remaja hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam
lumba haram agar .
CONTOH KARANGAN LENGKAP
Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media
massa di seluruh pelosok negara.Sehubungan dengan itu, para remaja
mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan
segera. Hal ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah
punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?
Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram
ialah sikap diri remaja. Hal ini demikian kerana, para remaja
mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka berseronok-seronok yang sangat tinggi
walaupu aktiviti itu berbahaya. Tegasnya, sikap diri remaja itu
telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja
dalam lumba haram di seluruh negara. Hal ini dikatakan demikian kerana,
remaja kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka
berani melakukan aktiviti itu. Jelaslah bahawa, penglibatan remaja
dalam lumba haram adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.
Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah
pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah
meniru aksi hero dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen
seperti filem Bohsia dan KL Menjerit..Saya optimis, pengaruh media massa
telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram semakin meningkat.
Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Sehubungan
dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada
terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.Perkara ini sangat bertepatan dengan
peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
lagi. Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda
negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.
Your Affiliate Profit Machine is ready -
ReplyDeleteAnd making profit with it is as simple as 1..2..3!
It's super easy how it works...
STEP 1. Choose which affiliate products you want to promote
STEP 2. Add some push button traffic (it takes JUST 2 minutes)
STEP 3. Watch the affiliate products system grow your list and sell your affiliate products for you!
So, do you want to start making money?
You can test-drive the system for yourself risk free...